Biografi Lothar Rendulic

Kehidupan awal

Rendulic dilahirkan di Wiener Neustadt, Austria, kepada keluarga bangsa Croatia (ejaan nama keluarga Croatia adalah Rendulić). Bapanya Lukas adalah seorang Kolonel dalam tentera Austria-Hungary. Selepas Abitur, Lothar mempelajari undang-undang dan sains politik di universiti di Vienna dan Lausanne; pada tahun 1907, beliau dimasukkan ke Theresianische Militärakademie (kemudian dinamakan semula sebagai Kriegsschule Wiener Neustadt) di kampungnya, Wiener Neustadt. Pada bulan Ogos 1910, Rendulic telah ditauliahkan sebagai Leftenan dalam Tentera Darat Austria-Hungary dan ditugaskan ke 99. Infanterieregiment Georg I., König der Hellenen, di Vienna. Beliau kekal bersama rejimen ini pada tahun pertama Perang Dunia I sebelum dihantar ke 31 .Infanterie-Division pada tahun 1915 dan XXI.Korps pada tahun 1918.

Selepas Perang Dunia I, Rendulic mempelajari undang-undang di Universiti Vienna dan pada tahun 1920 telah dianugerahkan doktor falsafah dalam undang-undang (Dr. iur. dalam bahasa Jerman). Beliau juga menyertai tentera darat republik Austria yang baru ditubuhkan dan pada tahun 1932 menyertai Parti Nazi Austria yang diharamkan. Dari tahun 1934, Rendulic berkhidmat dalam kor diplomatik sebagai atase tentera bagi Perancis dan England dengan pejabat di Paris. Walau bagaimanapun, kerjaya tentera dan diplomatiknya yang semakin naik terputus pada tahun 1936, apabila beliau diletakkan dalam senarai tidak aktif sementara kerana keahlian awalnya dalam Parti Nazi yang dianggap tidak diingini bagi seseorang pegawai Austria dan diplomat.

Perang Dunia II

Rendulic dipanggil masuk kedalam Tentera Jerman, Wehrmacht, pada tahun 1938, selepas pengilhakan Austria kepada Jerman. Menjelang tahun 1940, Rendulic telah bertugas sebagai pemangku panglima 14. Infanterie-Division (23.6.40 - 10.10.40). Dari tahun 1940 hingga 1942, beliau adalah panglima Divisyen Ke-52. Dari tahun 1942 hingga 1943, beliau merupakan panglima Kor XXXV. Tetapi, pada tahun 1943, Lothar Rendulic diletakkan dalam bahagian simpanan.

Yugoslavia

Dari tahun 1943 hingga 1944, Rendulic bertugas sebagai panglima Tentera Darat Panzer Ke-2 semasa Perang Dunia II di Yugoslavia. Pada awal tahun 1944, Führer Adolf Hitler mengarahkan Rendulic merangka suatu rancangan untuk menangkap pemimpin partisan Yugoslavia Josip Broz Tito. Dalam paduan serangan di Drvar pada 25 Mei 1944, askar payung terjun Jerman menyerbu ibu pejabat Partisan di Drvar (barat Bosnia) untuk mencari Tito dan hampir-hampir menangkap beliau.

Finland dan Norway

Selepas kematian Jeneral Dietl pada bulan Jun 1944, Rendulic bertugas sebagai panglima Tentera Darat Gunung Ke-20 dan juga panglima tentera Jerman yang ditempatkan di Finland dan Norway. Ia sering menyatakan bahawa Rendulic dalam bulan Oktober 1944 mengarahkan bandar Finland iaitu Rovaniemi dibakar kerana membalas dendam terhadap Finland yang telah membuat perdamaian yang berasingan dengan Kesatuan Soviet. Rendulic sebenarnya mengarahkan bangunan awam Rovaniemi dimusnahkan manakala harta persendirian orang Finland dikosongkan. Sewaktu pengawal tempatan Jerman sedang membuat kemusnahan, kereta api peluru di stesen Rovaniemi meletup dan membakar rumah-rumah kayu bandar tersebut. Tentera Jerman mengalami banyak kecederaan, terutamanya daripada serpihan kaca. Ironinya, satu unit komando Finland mendakwa telah meletupkan kereta api peluru dan ini telah menjadi punca utama kehancuran bandar tersebut. Puncanya tidak diketahui dan secara amnya dianggap cubaan sengaja Rendulic.

Barisan Timur

Pada tahun 1945, Rendulic bertugas sebagai panglima Heeresgruppe Kurland (Kumpulan Tentera Darat Courland) di Barisan Timur. Pada masa ini, Kumpulan Tentera Darat tersebut telah benar-benar terputus dalam Kepungan Courland. Tidak lama selepas itu, Rendulic berkhidmat sementara sebagai panglima Heeresgruppe Nord (Kumpulan Tentera Darat Utara, ketika itu terletak di utara Jerman), sebelum kembali memerintah Kumpulan Tentera Darat Courland (memperjuangkan saki baki Latvia), dan akhirnya memerintah Heeresgruppe Sud (Kumpulan Tentera Darat Selatan, kemudian dinamakan semula Heeresgruppe Ostmark, di Austria dan Czechoslovakia).

Pada 7 Mei 1945, sewaktu Serangan Prague, Lothar Rendulic, bersama Kumpulan Tentera Darat Ostmarknya menyerahkalah kepada elemen-elemen Tentera A.S. di Austria.

Pemenjaraan dan kematian

Selepas penyerahannya, Lothar Rendulic telah ditahan dan dibicarakan sebagai penjenayah tentera dalam "perbicaraan tebusan" di Nuremberg, kerana penglibatan beliau dalam serangan Wehrmacht ke atas orang awam di Yugoslavia dan dasar bumi hangus di Lapland. Pada 19 Februari 1948 beliau telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua puluh tahun, walapun beliau telah dibersihkan daripada tuduhan memusnahkan (bumi hangus) Lapland. Hukuman ini kemudiannya dikurangkan kepada sepuluh tahun, dan pada 1 Februari 1951 Rendulic dibebaskan dari penjara tentera di Landsberg am Lech dalam Bavaria.

Selepas dibebaskan, beliau bekerja sebagai seorang penulis dan terlibat dalam politik tempatan di Seewalchen am Attersee, di Salzkammergut wilayah Austria. Beliau meninggal dunia di Fraham berhampiran Eferding, Austria, pada 17 Januari 1971.